resepi RINGKAS
PERISA MALAYSIA DALAM botol
Masak mudah dengan siri sambal dan kari Rasa Malaysia Tea Garden, dibuat dengan bahan-bahan ramuan semula jadi!

NASI GORENG SAMBAL
Bahan-bahan:
300g Nasi Masak
50g Sayur Campur
20g Nasi Lemak Cili Tea Garden
2 sudu besar Minyak Masak
1 Telur
Kaedah:
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng sayur campur hingga lembut. Masukkan telur dan nasi yang telah dimasak. Kacau hingga sebati. Masukkan Tea Garden Sambal Cili Nasi Lemak, garam dan lada sulah secukup rasa dan kacau hingga sebati. Hidangkan panas.

Kari ayam
Bahan-bahan:
200g Potongan Ayam
100g Kentang
100g Pes Kari Tea Garden
300g Air
80g Santan
1 tangkai Daun Kari
Kaedah:
Panaskan dan campurkan Pes Kari Tea Garden dan air dalam periuk sehingga pes larut. Masukkan ayam dan kentang. Kacau sehingga ayam masak dan kentang empuk. Masukkan daun kari dan santan dan biarkan mendidih. Hidangkan panas bersama roti atau nasi.

Petai Sambal
Bahan-bahan:
100g Petai
400g udang segar (jika perlu)
100ml Air
garam secukup rasa
1 sudu besar Minyak Masak
50g Tea Garden Sambal Cili Mix Nut
Kaedah:
Panaskan minyak dalam api sederhana dan gorengkan Tea Garden pes Sambal Cili Mixed Nut selama beberapa minit sehingga naik aroma. Masukkan air dan reneh, tanpa penutup, selama kira-kira 10 minit sehingga air semakin berkurangan. Masukkan petai dan tumis selama beberapa minit. Masukkan udang dan reneh selama kira-kira 3-5 minit. Hidangkan panas bersama nasi atau roti.

Nasi Lemak dengan Ayam Goreng
Bahan-bahan:
400g Beras, basuh
240g Santan Pekat
240g Air
4 Daun Pandan, disimpul
2 Batang Serai
Garam secukup rasa
50g Nasi Lemak Cili Tea Garden
Kaedah:
Masukkan beras, santan, air, simpul pandan, serai dan garam ke dalam periuk nasi & masak. Setelah nasi siap, kembangkan. Buang simpul pandan dan serai sebelum dihidangkan. Perap ayam dengan garam dan rempah pilihan anda. Panaskan minyak, kemudian goreng ayam hingga keemasan & garing. Hidangkan nasi bersama ayam goreng, telur rebus, timun, kacang tanah dan ikan bilis. Siram dengan Sambal Cili Nasi Lemak Tea Garden. Hidangkan panas.